Thursday, 4 May 2017

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA YB. DATO' MAHMUD BIN ZAKARIA




DOWNLOAD DI SINI:- BORANG PENYERTAAN






UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW TERBUKA YB. DATO’ MAHMUD BIN ZAKARIA,

ADUN SUNGAI ACHEH



1.0              UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa masa kini.
                      

2.0              PERATURAN KEJOHANAN

2.1              Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA YB. DATO’ MAHMUD BIN ZAKARIA, ADUN SUNGAI ACHEH dianjurkan oleh Kelab Sepaktakraw Jalan Bukit Panchor dan Pusat Khidmat Adun Sungai Acheh dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah SPS.

2.1.2  Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.


2.2              Tarikh, Tempat dan Undian

2.2.1    Kejohanan ini akan diadakan pada  21 Mei 2017 (Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

2.2.2        Undian akan dijalankan pada 19 Mei 2017 (Jumaat) di Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan pada pukul 8.30 malam.

2.2.3   Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pasukan sekiranya tiada wakil.



2.3              Format Kejohanan

2.3.1        Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati)


2.4              Hadiah-hadiah

2.4.1        Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga  dan Tempat ke empat.

2.4.2        Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i)          Johan              -           RM2,000.00 + Medal
ii)         Naib Johan      -           RM1,000.00 + Medal
iii)         Ketiga              -           RM   500.00 + Medal
iv)        Keempat          -           RM   500.00 + Medal


2.5              Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1   Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia sahaja.

2.5.2    Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain simpanan (jika ada).

2.5.3        Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4        Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM100.00.

2.5.5       Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 18 Mei 2017 (Khamis) AKAN DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6    HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN / BEKAS PEMAIN  SUKMA, BELIA KEBANGSAAN, MAKSAK, PIALA EMAS KHIR JOHARI, GP, STL, PDRM, ATM, NEGERI DAN NEGARA (KECUALI PEMAIN/BEKAS PEMAIN YANG BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS) DIBENARKAN DALAM SATU REGU SAHAJA.

2.5.7  Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

2.5.8        Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0              SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1         Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2           Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3          Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4      Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.5             Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 15 minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.6           Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.7   Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.8         Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 500.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.9       Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10      Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.11     Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.12        Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.13          Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah  muktamad.



4.0        PERATURAN AM

4.1        Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2       Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Terbuka YB. Dato’ Mahnud Bin Zakaria, Adun Sungai Acheh adalah muktamad.

4.3    Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan yang bertanding.


5.0       Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1      Proses pembayaran boleh dibuat melalui MOHD ROZIAMI BIN OTHMAN – MAYBANK 158154288863 / No. Tel: 0134825379. Anda perlu snap dan whatsapp slip pembayaran yuran penyertaan kepada beliau.

5.2  Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari blog: takrawjbp.blogspot.my dengan muat turun borang penyertaan.  Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi pihak urusetia pertandingan.


                                                URUSETIA:       
KELAB SEPAKTAKRAW JALAN BUKIT PANCHOR
NO. 547, KAMPUNG CHE AMINAH
JALAN BUKIT PANCHOR
14300 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG

Rosley Zakaria (0174107992) / Sahrolnizan Zolkifli (0122613167)
Mohd Mokhtar (0125354723) / Mohd Roziami (0134825379) /
 Ya’acub (0189407079)
Email: kelabsukan_jbp@yahoo.com



No comments:

Post a Comment