Saturday, 15 January 2022

PROGRAM PENILAIAN TADBIR URUS DAN PENARAFAN BINTANG BADAN SUKAN TAHUN 2021

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera........

Dimulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


    Pada tarikh 29 Disember 2021, telah menerima email dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang menyatakan bahawa mereka sedang melaksanakan Program Penilaian Tadbir Urus Dan Penarafan Bintang Badan Sukan Tahun 2021 dan Kelab Sepaktakraw Jalan Bukit Panchor adalah salah satu badan sukan yang telah layak untuk penilaian akhir bagi penentuan taraf bintang. Sesuatu yang mengejutkan tapi syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berada di peringkat akhir penilaian.


            Surat jemputan untuk taklimat yang bertarikh 5 Januari 2022

    Setelah mendengar taklimat pada 10 Januari 2022, kami perlu membuat pembentangan dalam bentuk slide powerpoint. Sememangnya agak rumit untuk menyempurnakan isi pembentangan tersebut. Mulanya macam nak tarik diri sebab rasa tak mampu hendak memenuhi apa yang diminta. Tapi masa taklimat Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan iaitu Puan Mohsinar binti Abdul Malek memberi banyak cadangan dan pendapat serta semangat bagi memudahkan urusan badan sukan yang akan menyertainya. Jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan ini. Timbalan Presiden kelab pun bersemangat untuk menyertai program ini. Insha Allah kami akan cuba dan berikan yang terbaik.... Semoga kelab mencapai kejayaan walaupun mendapat 3 Bintang itu pun dah memadai....

Kita tunggggguuuuuuu.....😊


KURSUS KEPENGADILAN SEPAK TAKRAW KELAS 3 KEBANGSAAN


 Assalamualaikum.....
    Baru-baru ni iaitu pada 24 hingga 26 Disember 2021, Kelab kami telah bekerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Daerah Seberang Perai Selatan (PERSEPS) dan disokong kuat oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia serta Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya menganjurkan Kursus Kepengadilan Sepak Takraw Kelas 3 Kebangsaan. Kursus ini diadakan selama 3 hari bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi. Alhamdulillah seramai 41 orang peserta (39 lelaki, dan 2 wanita) yang mendaftar dari serata negeri. Bilangan peserta yang mendaftar adalah dari : PULAU PINANG - (10) PERAK - (12) KUALA LUMPUR - (1) KELANTAN - (4) KEDAH - (11) TERENGGANU -(5)

    Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan pengadil yang berpengetahuan dalam bidang permainan sepak takraw secara menyeluruh ketika mengadili pertandingan. Dan juga memberi keyakinan kepada peserta untuk membuat sebarang keputusan secara cepat dan tepat dalam situasi pertandingan sebenar.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERLAKSANAAN KURSUS

SEBELUM KURSUS DILAKSANAKAN


Kita meeting duluuuu..... kasi mantap semua...








Acara mengecat tiang bagi comey sikit..... kasi hilang karat-karat...





HARI PERTAMA
















HARI KEDUA









PRAKTIKAL (HARI KEDUA)






HARI KETIGA

Hari ketiga merupakan hari terakhir kursus serta hari dimana Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil diadakan. Majlis penutup ini dirasmikan oleh YB Zulkifli Bin Ibrahim iaitu ADUN Sungai Acheh yang mewakili YB Dato' Dr. Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal yang tidak dapat hadir pada hari tersebut... 
















        TOK PENGHULU DAPAT HADIAH DARI PENCERAMAH...UNTUNG LA DIA ....HAHAHA



                        Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, En. Ali


                        Sahabat kita En. Khairul dari Pantai Remis

                        Sahabat lama En. Mira







                        Pegawai Penjara, En Daud










                        Sahabat lama En. Safaril dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim

                        AJK PERSEPS, En. Yusri










                        Sahabat lama En. Azam




                        AJK PERSEPS En. Shamsol