Saturday, 15 January 2022

KLINIK SEPAK TAKRAW 2021

 

Assalamualaikum......

Bismillahirrahmanirrahim.......

Baru sempat nak update blog. Sejak PKP ni terlupa terus pasal blog kelab sendiri. Tak pa...kita buat report sikit tentang aktiviti tahun lepas (2021)............


💥        💥        💥        💥        💥        💥        💥        💥        💥        💥        💥


NAMA PROGRAM   : Klinik Sepak Takraw 2021

TEMPAT                   : Gelanggang Sepak Takraw Kampung Che Aminah

TARIKH                     : 28 Mac 2021

PESERTA                 : Remaja & Belia Jalan Bukit Panchor 

Pada 28 Mac 2021, Kelab Sepaktakraw Jalan Bukit Panchor telah diluluskan bantuan kewangan daripada Kementerian Belia & Sukan (eBANTUAN) dan mengadakan Klinik Sepak Takraw .Klinik ini diadakan bagi memberi latihan kepada remaja dan belia yang baru hendak berjinak dengan sukan sepak takraw serta menajamkan bakat kepada remaja dan belia yang sememangnya mempunyai bakat dalam sukan sepak takraw.

OBJEKTIF

1.  Mengasah bakat-bakat yang ada pada peserta agar mereka dapat meningkatkan mutu permainan mereka. 

2.  Menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapahubungan antara satu sama lain serta menggalakkan semangat setiakawan dan semangat sepasukan serta semangat kesukanan.

 3. Mencungkil bakat-bakat baru serta dapat mengelakkan mereka dari gejala yang tidak sihat.

         

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI







Penyampaian Cenderahati Kepada Peserta Terbaik






No comments:

Post a Comment